KPS 3014: PENGURUSAN PEMBELAJARAN

ORGANISASI DAN KEPIMPINAN 

PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat (2004) organisasi membawa maksud kesatuan yang terdiri daripada bahagian-bahagian dalam se­suatu pertubuhan untuk tujuan tertentu. John Maxwell (1998) dalam De Groot et al., (2021) mendefinisikan kepimpinan sebagai kemampuan seorang pemimpin untuk mempengaruhi orang lain dalam melakukan sesuatu perkara. Konsep kepimpinan dan organisasi saling berkait rapat antara satu sama lain kerana setiap organisasi mempunyai pemimpin yang akan mengetuai semua ahlinya untuk mencapai matlamat yang ditetapkan dalam organisasi tersebut.

CARTA ORGANISASI DAN KEPIMPINAN DI SEKOLAH

Rajah menunjukkan carta organisasi di sekolah

Gaya Kepimpinan

Terdapat beberapa gaya kepimpinan yang diterapkan dalam organisasi dan kepimpinan sekolah antaranya ialah gaya kepimpinan autokratik, demokratik, laissez-faire, kontigensi, asertif, responsif dan agresif. Gaya kepimpinan jenis autokratik adalah lebih mengutamakan kepada kehendak kerja dan menyelesaikan tugas. Gaya kepimpinan demokratik lebih liberal di mana pengetua akan berbincang dan menerima pandangan oleh semua pihak. Selain itu, Laissez-faire pula melibatkan pemimpin yang sedikit sekali menggunakan kuasanya dan memberi orang bawahannya sepenuh kebebasan untuk mengendalikan kerja mereka. Di samping itu, kepimpinan kontigensi pula kepimpinan mengikut situasi di mana tiada cara khusus yang sama dalam semua keadaan untuk memimpin dan mentadbir organisasi sekolah. Kepimpinan asertif adalah sikap di mana seseorang mampu bertindak sesuai dengan keinginannya, membela haknya dan tidak dimanfaatkan oleh orang lain. Akhir sekali, gaya kepimpinan agresif adalah sifat hanya mengutamakan kepentingan, pendapat dan kehendak sendiri serta mengabaikan hak orang lain.

Gaya kepimpinan pendidikan

Seterusnya, terdapat gaya kepimpinan dalam Pendidikan yang digunakan di peringkat organisasi sekolah. Gaya kepimpinan tersebut ialah gaya kepimpinan transformasional, gaya kepimpinan transaksional dan gaya kepimpinan instruksional. Gaya kepimpinan transformasional adalah gaya kepimpinan yang memfokuskan pada pengembangan diri dan pertumbuhan organisasi atau institusi. Gaya kepimpinan transaksional dalam Pendidikan pula merujuk kepada gaya kepimpinan di mana pentadbir sekolah menggunakan insentif dan ganjaran untuk memotivasikan dan membentuk tingkah laku guru-guru lain dan para pelajar. Lain dari itu, gaya kepimpinan instruksional di sekolah adalah satu pendekatan kepimpinan yang memberi tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

ANALISIS ORGANISASI DAN KEPIMPINAN

Berikut merupakan jadual analisis SWOT bagi organisasi dan kepimpinan di sekolah:

Kekuatan:

· Gred purata sekolah meningkat

·  Pencapaian kurikulum meningkat

· Masalah disiplin murid pada tahap minima

· Kerjasama yang baik antara organisasi dan pentadbir sekolah dengan guru-guru

Kelemahan:

· Kehadiran murid kurang memuaskan

· Organisasi sekolah yang kurang mantap

· Tugas guru yang banyak dan turut terlibat dalam kerja-kerja perkeranian membebankan guru

Peluang:

· Mendapat sokongan padu dari PIBG

· Bantuan dari agensi kerajaan dan agensi luar

· Hubungan baik dengan masyarakat setempat

 

Cabaran:

· Pengaruh elemen negatif dari luar

· Sikap sebilangan ibu bapa kurang mengambil berat pelajaran anak

· Infrastruktur sekolah tidak mencukupi

Jadual menunjukkan analisis SWOT bagi organisasi dan kepimpinan

RUMUSAN

Organisasi dan kepimpinan amat penting dalam membangunkan sesebuah organisasi. Oleh itu, semua pihak terutama pihak sekolah perlulah bekerjasama dalam memainkan peranan dalam organisasi serta mengaplikasikan kepimpinan dalam diri masing-masing supaya dapat melahirkan pemimpin sesebuah organisasi yang cemerlang pada masa depan.

RUJUKAN

Abdul Rahim Abdul Rashid. (2019). Kepimpinan distributif guru besar, efikasi kolektif guru dan komitmen organisasi di sekolah kebangsaan negeri Perak [Tesis kedoktoran]. https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7282

M. Khata Jabor, Zaipah Binti Ismail, Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan (2013),

Kepimpinan berkesan dalam kalangan pengetua di sekolah adalah penentu pendidikan abad ke 21. http://eprints.iab.edu.my/v2/223/1/12_KK_ADRI_Zaipah.pdf

Mansor, R., & Mohd Hamzah, M. I. (2015). Kepimpinan berkualiti: perspektif mengenai kompetensi yang diperlukan untuk memimpin dengan berkesan. Jurnal Pengurusan, 45, 143- 154. https://doi.org/10.17576/pengurusan-2015-45-13

Mohd Ibrahim K Azeez, Mohammed Sani Ibrahim, & Rosemawati Mustapa. (2017). Kompetensi kepemimpinan instruksional di kalangan pengetua sekolah satu kajian empirikal di negeri Selangor. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 2(3), 1-14. https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUPIDI/article/view/8337

Mok, S. S. (2004). Ilmu pendidikan untuk KPLI komponen 3 Profesionalisme Keguruan Sekolah Rendah, Kuala Lumpur. KUMPULAN BUDIMAN SDN BHD.

Varia Ranah. (2020). Sorotan ilmiah perkhidmatan awam. Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar Jabatan Perkhidmatan Awam. https://docs.jpa.gov.my/docs/flipbook/Varia_Ranah_Sorotan_Ilmiah_Perkhidmatan_Awam/658/

Comments